Cipta cincin berlampu
Cincin akan kelihatan lebih berkilau apabila lampu LED menyala sebagai tanda pemakainya dekat dengan pasangan.
Cipta cincin berlampu
Cipta cincin berlampu
SEORANG jurutera San Francisco, Amerika Syarikat, mencipta sebentuk cincin unik yang mampu mengeluarkan cahaya lampu sebagai petanda pemakainya berada berdekatan dengan pasangan.

Ben Kokes, 36, bertugas dalam firma elektronik menghabiskan lebih lima bulan untuk menghasilkan cincin itu.

"Saya mula mengusahakannya dalam Januari dan siap sepenuhnya pada pertengahan Mei," kata Kokes.

Menarik sekali, cincin berlampu dicipta Kokes ini dilengkapi lampu LED yang akan menyala sekali gus menyerlahkan lagi berlian yang ditanam dalam cincin titaniumnya.

"Ia akan menyala bagi menunjukkan kehadiran pasangan berdekatan dengan pemakainya," katanya.

Cincin menarik itu, mengandungi lingkaran tembaga bertindak sebagai pembekal tenaga apabila ia terdedah kepada medan magnet.

Untuk menghasilkan tindak balas lampu, sejenis peranti dihasilkan untuk dipakai pada pergelangan tangan dan mudah untuk disembunyikan selain ia diaktifkan secara automatik dipetik dari MailOnline.