Friday, May 10, 2013

Cenderung cari pasangan dalam Internet



Singapura: Golongan bujang cenderung untuk mengenali bakal pasangan masing-masing di Internet sebelum bertemu secara bersemuka, menurut kaji selidik terhadap tabiat berpacaran dilakukan agensi mencari jodoh yang utama di Asia, Lunch Actually.

Penggunaan meluas media sosial dan kelajuan pantas jalur lebar mengubah cara orang bujang mencari cinta dengan 51 peratus di Singapura cuba mencari jodoh di Internet dan lebih 70 peratus menjejaki pasangan masing-masing secara digital.


Perkara ini diumumkan dalam persidangan media di mana Lunch Actually berkongsi angka berkenaan daripada kaji selidik mencari jodoh dwitahunan mereka.

Kaji selidik terhadap lebih 1,900 orang di tiga negara iaitu Hong Kong, Singapura dan Malaysia dijalankan pada Januari lalu. - AP

No comments:

Post a Comment