Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus
Masjid ,
Sekiranya diletakkan orang yang ahli dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran masjid, Insyallah masjid akan berkembang.
1- Duit kutipan tabung masjid, ada sesetengah masjid yang mencecah RM250,000 setahun.
2- Duit itu boleh dilaburkan semula dengan pembelian aset seperti rumah, tanah hasil, melabur dalam pelaburan patuh syariah dan pembiayaan untuk projek yang memberi pelaburan menguntungkan.
3- Kebiasaannya duit kutipan digunakan untuk membayar bil bil utiliti, derma khairat , pengurusan masjid, kematian, bulan puasa dan sebagainya.
******************************
4- Dengan sumber kewangan tersebut, pelbagai perkara boleh dilaksanakan untuk membantu anak khariah, contoh di (kedah).
Kedah merupakan kawasan tanaman Padi.
A- Duit digunakan untuk membeli mesin padi, dan mesin padi itu digunakan untuk tuai hasil padi dengan kos sewa paling minimum. Beli kubota, beli lorry ka. Atas harta masjid.
B - Duit itu boleh dgunakan untuk beli tanah komersial, atau dibeli lot-lot kedai komersial untuk sewaan semula agar duit masjid berkembang.
C - Duit itu digunakan untuk membeli ternakan fidlot seperti lembu, kambing, ayam dan dijual semula kepada anak khariah dengan untung minimum.
******************************
Saya yakin, pasti progam program seperti yang saya nyatakan di atas ada dalam perancangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mungkin kekangan seperti penglibatan anak khariah yang dari puak-puak tua sahaja, masalah masalah yang membantut usaha di atas dilakukan.
Sekiranya ada pemilihan jawatankuasa masjid, sila lantik golongan professional untuk sama-sama memperkukuhkan sayap gerakan masjid.
Insyaallah, sama-sama berusaha.
* Bersepah aih budak U anak khariah yang menganggur. Suruh jaga lembu hak masjid pun boleh aih. Yang perempuan, jaga perusahaan kuih ka, batik ka yang milik masjid.
PENTING ! SILA BACA !
* Sekiranya anda Tok Imam, atau ada hubungan dengan jawatankuasa Masjid, harap dapat usulkan cadangan saya ini kepada jawatankuasa masjid.
* Sekiranya anda ada pangkat dan jawatan dalam Jabatan Hal Ehwal Islam, sila usulkan cadangan saya ini sekiranya belum ada dalam perancangan.
* Sekiranya, anda mampu melaksanakan usul saya ini, mohon gunakan tenaga anda untuk laksanakan. In Sya ALLAH, ada balasannya di timbangan.
******************************
Ahli jawatankuasa masjid pun terdiri dari geng Vespa,Lambretta sahaja, geng seluar ketat kaki bawah buka luaih..
Kita perlukan geng-geng 125Z, geng Evo10, geng Iphone5,
baru ada perubahan.
- Anak pelajar yang 12 A lazimnya tiada seorang pun bercita-cita nak jadi Tok Imam masjid...Ini bukan salah saya, ini bukan salah anda, ini bukan salah masyarakat.
Tepuk dada, tanya dunia.
Guruh Petir
No comments:
Post a Comment