Saturday, May 25, 2013

Dua suspek militan ditahan


Narathiwat: Seramai 50 anggota tentera dan polis bekerjasama menahan dua suspek militan selepas menggeledah sebuah rumah di daerah Rueso, awal pagi semalam.

Jurucakap tentera berkata, operasi itu dijalankan selepas mereka mendapat maklumat mengenai seorang ahli kumpulan Ronda Kumpulan Kecil (RKK) yang sangat dikehendaki akan bertemu isterinya di rumah berkenaan. Katanya, polis menahan dua lelaki dikenali sebagai Roning Rohing, 30, dan Abdulkoder Woma, 37, serta menyita tiga motosikal.


Bagaimanapun, sasaran utama - Abdulrohing Dahiso dikatakan melarikan diri sebelum serbuan dilakukan. Jurucakap itu berkata, Roning mempunyai enam waran tangkap, termasuk lima membabitkan kes keselamatan dan satu lagi melanggar perintah darurat. “Dia dikehendaki kerana terbabit dalam serangan sebuah pejabat kerajaan pada 16 Februari 2006 yang turut mengorbankan seorang pegawai polis,” katanya. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment