Saturday, May 25, 2013

Kisah pasangan kekasih yg impikan itu dan ini...

UCAPKAN ALHAMDULILLAH...

Kisah pasangan kekasih yg impikan itu dan ini...
INILAH KISAH CINTA KITA...

Bila kita meningkat usia remaja...mcm2 yg kita impikan. Antaranya bercinta dgn gadis atau lelaki sekian-sekian. Kemudian berkahwin dgn persandingan tema 'hutan' atau Inggeris. Kita impikan utk tinggal bersama-sama suami/isteri di rumah sendiri sambil menanti kelahiran putera atau puteri.

Bila dua tiga tahun mendirikan rumahtangga, bercita-cita pula utk rumah yg besar sedikit. Ada sedikit perasaan ingin bersaing dgn kawan seangkatan. Anak pula dari tahun bertambah atau membesar. Kita bekerja tak cukup masa utk memberikan yg terbaik membesarkan anak2 kita. Masa ini kita tak terfikir soal mati, sakit dan sebagainya.

Kemudian bila usia mencecah 40 atau 50 an, penyakit mula mendekati. Dlm rumahtangga pula ucapan sayang, i love you sudah jarang kedengaran. Fikir duit-duit, melancong dan ada yg baik pergi umrah atau haji.

Penghujungnya, sekitar umur era 60 an dan 70 an satu persatu pasangan suami isteri yg pernah mengimpikan sesuatu yg indah di dunia ini pergi buat selama-lamanya. Sedangkan bandaraya Kuala Lumpur itu terus membangun, membesar dan menyesatkan. Kita hanya ditangisi seminggu dua sahaja. Akhir dunia mengucapkan selamat tinggal buat pasangan kekasih.

Arrrggghhh...itu saja kisah hidup kita??? Pendeknya? Tak bestnya..ingatkan 'happy ending'. Apa kamu ingat ucapan "kita hidup bersama dan mati bersama akan berlaku'. Mana ada org yg mati suami/isteri terjun sekali dlm kubur. Silap2 kahwin lagi...Inilah dia sahabat2 FB ku sekalian pengakhir hidup kita...Tak kekal tak dan begitu menyeronokkan....mengapa kita tak mahu mencari yg abadi...???

Imam Syafii , pada usia 40 tahun sudah pun berjalan dgn memakai tongkat. Org keliling kehairanan, justeru Imam Syafii masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yg tepat dan penunggang kuda yg cekap?

Ketika menjawab soalan org tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafii berkata, “Tongkat ini utk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yg telah ku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi."

"Tumpuan sepenuh hatiku sekarang ialah menuju Allah!” Demikian “orang tua” yg memandang dirinya dgn pandangan mata hati. Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia Imam Syafii tidak pula bersikap begitu. Kita tidak mencari tongkat “pengingat” seperti beliau, sebaliknya kita sibuk mencari tongkat “penggiat” tongkat Ali!...)

Alhamdulillahi alladzi ahyana ba`da ma amatana wa ilayhi
an-nusyur (Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan kita setelah kematian kita, dan kepadaNyalah kita akn kembali).

dari FB: http://www.facebook.com/norman.liverpool

No comments:

Post a Comment