Saturday, May 25, 2013

Lima tentera terbunuh di Pattani


Hat Yai: Lima tentera terbunuh dan seorang cedera dalam letupan bom pinggir jalan di Saiburi, Pattani, semalam.

Jurucakap polis berkata, serangan itu dipercayai dilakukan pemberontak Muslim di kawasan selatan Thailand. Katanya, bom diletupkan ketika sebuah lori pikap membawa enam anggota tentera melalui kawasan itu. “Mereka dalam perjalanan untuk membantu anggota keselamatan mengawal penganut Buddha mengunjungi kuil tempatan sempena Wesak,” katanya. Menurut jurucakap itu, bom berkenaan disembunyikan di bawah lapisan jalan dan disambung dengan wayar ke suis yang disembunyikan di dalam belukar. - AP

No comments:

Post a Comment