Wednesday, May 15, 2013

Estrada menang Datuk Bandar Manila



ESTRADA dikerumuni pemberita selepas kemenangannya di Manila semalam.


MANILA - Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihan raya Datuk Bandar Manila semalam.
Kemenangan dalam pilihan raya itu merupakan yang pertama diperoleh beliau selepas penyingkirannya sebagai Presiden Filipina dalam tunjuk perasaan antirasuah pada 2001.
Estrada merupakan antara calon yang cukup dikenali selain bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos.
Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.
Beliau memenangi kerusi untuk dewan rendah bagi mewakili kawasan utara negara ini.
Seorang anak perempuannya, Imee, telah dipilih sebagai Gabenor Ilocos Norte buat penggal kedua. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TJ4temEY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment