Wednesday, May 15, 2013

Pasar jual daging beruang




SEORANG peniaga (kanan) memotong daging beruang yang dijual di Pasar Teresang, Kapit, Sarawak semalam.


KAPIT – Pasar Teresang dekat sini dikesan menjadi lokasi penjualan daging beruang matahari yang merupakan haiwan dilindungi di negara ini.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kira-kira lima peniaga menjalankan perniagaan menjual daging tersebut secara terbuka kepada para penggemar hidangan haiwan eksotik.
Daging haiwan tersebut yang sudah dilapah dijual pada harga RM25 sekilogram manakala hempedu (RM25) dan kaki (RM50).
Salah seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, dia memperoleh daging serta organ dalaman beruang itu selepas memburu haiwan tersebut di kawasan hutan di Ulu Kapit.
Katanya, dia meraih pendapatan lumayan kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang mendakwa daging beruang itu boleh meningkatkan tenaga seks lelaki.
“Meskipun dijual pada harga yang tinggi, ia tetap mendapat sambutan daripada pelanggan.
“Bagi saya, walaupun terpaksa menyabung nyawa ketika memburu beruang, namun ia adalah perniagaan yang menguntungkan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2TJ8JoB8B 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment