BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menerima kecaman kerana mengamalkan gaya hidup mewah dengan menggunakan wang pembayar cukai.
Media Israel semalam melaporkan bahawa perbelanjaan pejabat Netanyahu naik hampir 80 peratus sejak dia memegang jawatan itu pada tahun 2009.
Netanyahu dan keluarganya memiliki tiga rumah termasuk sebuah rumah rasmi.
Kos penyelenggaraan untuk semua kediaman tersebut secara kasarnya berjumlah AS$905,000 (RM2.7 juta) pada tahun lalu.
Maklumat tersebut didedahkan hanya selepas sebuah kumpulan kebebasan awam memfailkan permintaan kebebasan maklumat.
Pendedahan itu muncul beberapa hari selepas sebuah stesen televisyen melaporkan bahawa Netanyahu membelanjakan dana awam sebanyak AS$127,000 (RM379,412).
Dana berkenaan digunakan bagi membina kabin tidur untuknya dalam penerbangan selama lima jam ke London baru-baru ini. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2TJ76FTlN
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment