Monday, May 27, 2013

Golongan anti-gay lancar protes


penduduk Perancis mengadakan tunjuk perasaan membantah undang-undang perkahwinan sejenis mengibarkan bendera pelbagai warna di Paris, semalam. - REUTERS
PARIS 26 Mei - Polis menahan kira-kira 50 orang penentang perkahwinan sejenis di Paris lewat semalam, sehari sebelum satu demonstrasi besar-besaran diadakan bagi membantah undang-undang baru yang membenarkan pasangan gay untuk berkahwin di Perancis.
Tunjuk perasaan tersebut diadakan di Champs-Elysees, seminggu selepas Perancis menjadi negara ke-14 meluluskan undang-undang itu membenarkan perkahwinan sejenis.
Penunjuk perasaan bertindak merantai diri mereka di tembok sekatan diperbuat daripada besi yang diletakkan di tengah-tengah bandar Champs-Elysees, malam tadi.
Sejumlah penunjuk perasaan turut melepaskan bom asap sebelum polis menyerbu dan menangkap mereka.
Pada masa sama, berpuluh-puluh penunjuk perasaan lain berkumpul di ruang pejalan kaki sambil mengibarkan bendera,
Polis berkata, kira-kira 50 orang ditahan dan sebuah van membawa topeng, kain rentang dan bom asap turut dirampas.
Dalam pada itu, polis menjangka kira-kira 200,000 orang akan menyertai demonstrasi besar-besaran bagi membantah undang-undang tersebut, hari ini.
Presiden, Francois Hollande menandatangani rang undang-undang perkahwinan sejenis pada 18 Mei lalu selepas perdebatan hangat dan demonstrasi selama beberapa bulan.
Walaupun kumpulan hak asasi manusia memuji pelaksanaan undang-undang tersebut, tetapi mereka yang membantah undang-undang tersebut berikrar untuk meneruskan penentangan mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_06/Golongan-anti-gay-lancar-protes#ixzz2US4ifYee
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment