Monday, May 27, 2013


Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin. 

florida mom birth on sidewalk outside hospitalTallahassee (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu ‘tidak sabar’ menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital.
Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital. 

Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.

Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital.

Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP

No comments:

Post a Comment