Sunday, May 5, 2013

Mukhriz dilantik MB jika BN rampas Kedah




PENGALAMAN dan ketokohan ada pada Mukhriz mampu 
direalisasikan untuk memimpin Kedah sekiranya Barisan 
Nasional berjaya menawan kembali negeri tersebut.


KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan dilantik sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya merampas negeri tersebut daripada pihak pembangkang dan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), hari ini.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut Najib, Mukhriz mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat untuk menjayakan perancangan transformasi negara.
"Saya yakin, beliau boleh memberi kepimpinan dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan lebih besar," katanya.
Mukhriz yang merupakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam bertanding menentang calon Pas, Abd. Ghani Ahmad.
Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang politik sejak Julai 2004 apabila tewas dalam pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada bulan April 2009 di bawah barisan Kabinet baharu Najib.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2SN2DtNf7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment