Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar), semalam memfailkan saman fitnah terhadap kartunis Thai Rath, Chai Rachawat kerana menyamakan beliau dengan pelacur.
Peguam beliau turut memfailkan satu aduan kepada polis terhadap kartunis yang sama di Balai Polis Dusit.
Mereka mengemukakan tiga tuduhan terhadap Chai iaitu menghina seorang pegawai ketika satu majlis rasmi, memfitnah seseorang melalui publisiti dan melanggar Akta Jenayah Berkaitan Komputer yang melarang menyiarkan komen fitnah terhadap pihak lain di internet.
Kali pertama saman
Ini adalah kali pertama Perdana Menteri Thailand menyaman seseorang kerana menyiarkan pandangan di media sosial.
Chai atau nama sebenarnya Somchai Katanyutanan, mengirimkan gambar Yingluck menyampaikan satu ceramah di Mongolia dengan keterangan gambar: “Tolong faham pelacur bukan wanita jahat. Pelacur hanya menjual tubuh tetapi ada seorang wanita jahat cuba menjual negaranya.”
Ketika memberi ucapan pada Persidangan Menteri Ke-7 mengenai Demokrasi Antarabangsa, Yingluck mengutuk rampasan kuasa 2006 dan mengecam pertubuhan sukarela di Thailand. - AGENSI
Peguam beliau turut memfailkan satu aduan kepada polis terhadap kartunis yang sama di Balai Polis Dusit.
Kritikan yang mengatakan Perdana Menteri Thailand lebih teruk berbanding pelacur benar-benar tidak wajar” Suranan Vejjajiva, Ketua Setiausaha PM Thailand
Kali pertama saman
Ini adalah kali pertama Perdana Menteri Thailand menyaman seseorang kerana menyiarkan pandangan di media sosial.
Chai atau nama sebenarnya Somchai Katanyutanan, mengirimkan gambar Yingluck menyampaikan satu ceramah di Mongolia dengan keterangan gambar: “Tolong faham pelacur bukan wanita jahat. Pelacur hanya menjual tubuh tetapi ada seorang wanita jahat cuba menjual negaranya.”
Ketika memberi ucapan pada Persidangan Menteri Ke-7 mengenai Demokrasi Antarabangsa, Yingluck mengutuk rampasan kuasa 2006 dan mengecam pertubuhan sukarela di Thailand. - AGENSI
No comments:
Post a Comment