BISHKEK, Kyrgyzstan 4 Mei - Dua mayat juruterbang ditemui hari ini oleh pasukan penyelamat, selepas sebuah pesawat pengisi minyak tentera Amerika Syarikat (AS) yang berlepas dari pangkalan operasi ketenteraan AS di lapangan terbang antarabangsa Biskek, terhempas di kawasan pergunungan Kyrgyzstan, kelmarin.
Menurut pegawai tempatan dan AS, ketika kejadian, pesawat KC-135 Stratotanker yang dipercayai membawa berpuluh-puluh tan minyak, terhempas dan terbakar kira-kira 50 kilometer dari barat Bishkek.
"Kedua-dua mayat juruterbang ditemui pukul 7 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) berdekatan kawasan pesawat terhempas.
"Operasi menyelamat masih diteruskan bagi mencari anak kapal ketiga pesawat tersebut,'' kata jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan.
Pegawai berkata, kedua-dua mayat juruterbang telah dibawa ke pangkalan AS, pusat transit Manas di sini.
Menteri Situasi Kecemasan, Kubatbek Boronov berkata, pihak AS sedang menentukan identiti kedua-dua mangsa.
"Kakitangan pusat transit Manas berada di tempat kejadian. Mereka juga akan menyiasat punca kejadian tersebut.
"Kira-kira 50 anggota penyelamat masih mencari anak kapal ketiga,'' katanya.
Operasi menyelamat disambung semula awal pagi ini selepas ditunda malam tadi ketika harapan semakin tipis untuk menemui anak kapal pesawat ketiga itu hidup-hidup. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_02/Tiga-maut-pesawat-minyak-tentera-AS-terhempas#ixzz2SN3v7HrM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment