Thursday, May 23, 2013

Orang tengah kaut untung besar



MOHD. RIDZUAN (dua dari kiri) dan beberapa ahli Ikhlas menunjukkan memorandum yang akan dihantar kepada KDN berhubung kebanjiran peniaga warga asing di ibu negara pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyiasat dakwaan berhubung kegiatan pihak ketiga yang mengaut untung besar melalui penjualan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan perlu diambil bagi membasmi kegiatan itu kerana ia menjejaskan periuk nasi peniaga tempatan.
Katanya, beliau menerima 10 aduan daripada peniaga berhubung kegiatan orang tengah yang menjual satu tapak bazar pada harga antara RM30,000 hingga RM40,000 berbanding harga biasa RM400.
“Kita percaya kebanyakan tapak bazar itu dijual pada harga yang tinggi kepada peniaga warga asing. Ini sudah tentu akan menutup peluang peniaga tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Mohd. Ridzuan mendakwa, kegiatan itu dipercayai didalangi oleh tiga persatuan yang bernaung di bawah DBKL dan diberi tanggungjawab menguruskan penjualan tapak bazar itu.
Tapak bazar Ramadan di beberapa lokasi di ibu negara dibuka kepada peniaga sempena bulan puasa pada Julai ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2U4DfFWbU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment