Thursday, May 2, 2013

Ramai tokoh politik Aceh tak fasih al-Quran



 
Banda Aceh: Berpuluh-puluh calon perbandaran yang bakal mengisi 81 kerusi dewan undangan negeri wilayah Aceh pada pilihan raya umum 2014 gagal dalam ujian membaca al-Quran, salah satu syarat wajib di bawah undang-undang kecil tempatan untuk bertanding merebut jawatan kerajaan.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Aceh (KIP), Akmal Abzal, berkata 42 daripada 1,231 orang daripada 12 parti politik gagal dalam ujian itu.
Enggan dedah

“Cuma ada tiga parti politik yang semua anggotanya lulus ujian kefasihan al-Quran 100 peratus,” katanya kepada Jakarta Globe kelmarin.

Akmal, yang juga pengerusi jawatankuasa ujian, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama ahli politik yang gagal atau parti politik yang dianggotai mereka, atas alasan etika.

“Satu perkara yang pasti, ada calon parti Islam tidak boleh membaca al-Quran. Ada juga calon daripada parti tempatan,” katanya.

Pilihan raya umum 2014 menyaksikan 15 parti mengambil bahagian di Aceh, termasuk tiga parti tempatan, Parti Keamanan Aceh (PDA), Parti Kebangsaan Aceh (PNA) dan Parti Aceh (PA).
Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang membenarkan menubuhkan parti tempatan dan mewajibkan ujian kefasihan al-Quran kepada calon. - AGENSI

No comments:

Post a Comment