Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah membangunkan burung robotik yang realistik sehingga dapat memperdaya kawanan burung sebenar dan helang untuk menyerangnya di udara membolehkan ia menjadi ejen perang masa depan yang tidak dapat dikesan.
Robo-Raven dibangunkan dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Maryland, termasuk saintis berasal dari India. Ia meluncur, melayang dan mengibaskan sayap seperti burung sebenar. Pengawalan penuh setiap sayap membolehkan aksi aerobatik ekstrim yang belum dapat dilakukan burung mekanikal lain sebelum ini, dakwa penyelidik dari Makmal Penyelidikan Tentera AS. Bagaimanapun, kemampuannya bersembunyi pada pandangan biasa dan badannya yang ringan paling menyeronokkan penyelidik.
“Ia sudah menarik perhatian burung di kawasan ini yang cuba menyembunyikan kehadiran mereka,” kata jurutera mekanikal dengan Direktorat Teknologi Kenderaan di Aberdeen Proving Ground, John Gerdes.
Robo-Raven lebih senyap berbanding helikopter dan ia boleh menghampiri musuh tanpa mendedahkan kehadirannya. Ia diperbuat daripada gentian karbon. Kerangka geometrinya yang kompleks lebih pendek daripada dua kaki dan lebih ringan daripada tin soda.
Gerdes, calon doktor falsafah mula membina Robo-Raven pada 2008 sebagai sebahagian penyelidikan siswazah di Makmal Pembuatan Lanjutan Maryland yang memfokus kepada pembangunan aplikasi teknologi.
Manakala profesor kejuruteraan mekanikal, Dr SK Gupta mula menghasilkan burung robotik dengan kibasan sayap sejak hampir sedekad lalu. Gupta dan pelajar pascasiswazahnya bersama profesor kejuruteraan mekanikal Hugh Bruck, kali pertama berjaya mempamerkan burung dengan kibasan sayap pada 2007. - AP
No comments:
Post a Comment