Rohani menunjukkan bekas pembedahan di bahagian hidung Firdaus.
ALOR SETAR - “Alhamdulillah, Firdaus selamat jalani pembedahan,” demikian luahan hati seorang ibu, Rohani Ahmad, 52, mengenai keadaan anak lelakinya yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian hidung itu.
Rohani berkata, anaknya, Mohd Firdaus Che Saad, 27, kelihatan lebih sihat berbanding keadaan sebelumnya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 28 Mei lalu.
“Sebaik sahaja Firdaus selesai jalani pembedahan itu, dia dapat bernafas dengan baik. Malah, penglihatannya dipercayai semakin pulih berikutan dapat melihat bayangan dan persekitaran dalam keadaan samar-samar.
“Dulu, nak bernafas pun susah. Terpaksa gunakan mulut, namun sekarang walaupun tak berapa lancar tapi dia dah boleh bernafas seperti sedia kala melalui hidung. Setakat ini, untuk menikmati makanan dan minuman pun menjadi lebih mudah,” katanya kepada Sinar Harian.
Rohani berkata, dia bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar namun, Firdaus bakal menjalani pembedahan kedua bagi membetulkan semula tulang hidungnya kepada kedudukan asal.
Menurutnya, pembedahan itu bergantung kepada keputusan hospital dan kesihatan Firdaus, namun setakat ini mereka sekeluarga masih belum pasti tarikh sebenarnya.
“Rekod menunjukkan Firdaus harus ke PPUM pada 17 Jun nanti untuk jalani ‘Neurosurgery’, namun saya kurang pasti sama ada Firdaus menjalani pemeriksaan terlebih dahulu mahupun terus dibedah. Apa pun keadaan ini membimbangkan saya kerana kami mengalami masalah kewangan,” katanya.
Lebih menyedihkan, apabila anak perempuannya, Siti Asmida Che Saad, 18, terpaksa melepaskan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu kerana masalah kewangan itu juga.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keadaan Mohd Firdaus yang memiliki ketumbuhan bersaiz 3 sentimeter (cm) pada bahagian hidung sehingga menyukarkan pergerakannya dan dia juga terpaksa berhenti kerja.
Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Firdaus, boleh datang ke kediamannya di alamat D-92, Lorong Pauh, Alor Setar atau menghubungi talian 019-5239792, mahupun memberi bantuan melalui akaun CIMB Bank nombor akaun 0205-0129-8485-29 (Rohani Ahmad).

No comments:
Post a Comment