Friday, June 28, 2013

Ketua militan Indonesia dihukum penjara 10 tahun


JAKARTA 28 Jun - Mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun ke atas seorang ketua militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas paling digeruni di Asia.
Badri Hartono mengetuai kumpulan ekstremis dikenali sebagai Al-Qaeda Indonesia dan didapati bersalah merekrut orang ramai untuk dihantar ke kem latihan pengganas.
Menurut kenyataan mahkamah, Badri turut didapati bersalah kerana memberi perlindungan kepada ketua rangkaian militan Jemaah Islamiah (JI), Noordin Mohammed Top pada 2009.
Selain itu, Badri turut bersalah kerana merancang untuk menyerang pasukan keselamatan negara ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130628/lu_01/Ketua-militan-Indonesia-dihukum-penjara-10-tahun#ixzz2XSeF2i8o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment