Friday, June 28, 2013

Kevin Rudd PM baharu Australia


Perdana Menteri Australia, Kevid Rudd (kiri), membacakan ikrar angkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce di Canberra, Australia, semalam. - AGENSI
CANBERRA 27 Jun - Kevin Rudd hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia buat kali kedua, sehari selepas menyingkirkan Julia Gillard dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.
Rudd, 55, kembali menjadi pemimpin nombor satu negara ini selepas satu pengundian kepemimpinan parti pemerintah, Parti Buruh diadakan semalam, menyaksikan Gillard yang merupakan Perdana Menteri wanita pertama Australia tersungkur.
Ketika Parti Buruh berusaha untuk terus mempertahankan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Rudd menggunakan ucapan pertamanya di Parlimen untuk mengakui arena politik sangat kejam.
''Penyertaan dalam dunia politik merupakan satu kehidupan yang sukar. Ada masanya ia baik namun sering kali tidak,'' katanya.
Beliau meminta semua ahli Parlimen 'lebih baik hati dan lembut antara satu sama lain ketika berhujah dalam Parlimen.
Beliau dalam pada itu turut memuji kepemimpinan Gillard.
''Melalui masa sukar sejak beberapa tahun sebagai sebuah kerajaan minoriti, bekas Perdana Menteri berjaya melakukan perubahan besar untuk membentuk masa depan negara,'' katanya.
Pelantikan semula Rudd akan menyaksikan beliau memimpin Parti Buruh dalam Pilihan Raya Umum dijadualkan pada 14 September ini yang menurut tinjauan pendapat, parti pembangkang pimpinan Tony Abbot akan menang besar.
Pada masa sama, Gillard turut mengumumkan persaraannya daripada bidang politik.
Enam menteri kanan meletak jawatan ekoran kekalahan Gillard dalam pengundian kepemimpinan parti itu termasuk penyokong kuatnya, Bendahari, Wayne Swan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130628/lu_09/Kevin-Rudd-PM-baharu-Australia#ixzz2XSf7QjUi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment