Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad |
SHAH ALAM - PR mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gusar dengan perubahan rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu ekoran kenyataannya yang meminta kerajaan supaya tidak berlembut dengan pembangkang.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata komen yang disuarakan Dr Mahathir memperlihatkan kekhuatiran terhadap kerajaan Umno yang akan jatuh ekoran hilangnya kepercayaan rakyat pada PRU13.
Menurutnya, Dr Mahathir tidak perlu campur tangan urusan pentadbiran pemimpin negara kerana zamannya telah berlalu.
"Kenapa beliau gusar? Sedangkan beliau sudah pun bersara...komen beliau menyerlahkan kekhuatiran yang amat mendalam berkenaan kemungkinan kerajaan Umno jatuh.
"Sebab sekiranya Umno gagal, ianya kegagalan perdana menteri sekarang, tiada siapa akan salahkan beliau.
"Beliau perlu belajar melepaskan, beliau telah lakukan apa yang perlu kepada negara, sama ada secara betul atau pun tidak, semua yang telah dilakukannya tidak boleh diulang semula seperti beliau menjadi perdana menteri," katanya pada Sinar Harian Online.
Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri keempat itu menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya.
Mengulas lanjut, Pengerusi DAP, Karpal singh yang dipetik dalam satu portal berita, turut meminta bekas Dr Mahathir yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.
Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran perdana menteri sekarang.
Sebaliknya kata Karpal, Dr Mahathir sepatutnya menurut jejak langkah bekas-bekas perdana menteri sebelum ini yang menjalani kehidupan peribadi selepas bersara.
"Mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempengaruhi kerajaan semasa," katanya.

No comments:
Post a Comment