Thursday, June 13, 2013

Thai timbang serah kuasa


Bangkok: Selepas hampir sedekad konflik yang menyebabkan beribu-ribu terkorban, Thailand menimbang menyerahkan kuasa terhad kepada wilayah selatan dihuni majoriti umat Islam dalam usaha memujuk pemisah meletak senjata.

Pegawai kerajaan Thai akan bertemu dua pemimpin utama kumpulan pemisah di Kuala Lumpur untuk pusingan ketiga rundingan yang setakat ini gagal mengakhiri keganasan di wilayah bersempadan dengan Malaysia itu. Dalam usaha memecahkan kebuntuan dalam perang yang dilupakan dunia luar itu yang mencatat lebih 5,500 kematian sejak 2004, pihak berkuasa Thai menimbang menyerahkan beberapa keputusan agar dibuat kerajaan tempatan di tiga wilayah selatan didominasi etnik Melayu Islam. “Kami bukan bercakap mengenai autonomi, tetapi mengenai pentadbiran tempatan,” kata perunding utama Bangkok, Paradorn Pattanatabut yang juga Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan kepada media minggu lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment