Tuesday, July 23, 2013

Bahaya faham wahabi salafi!



Apakah solat jenazah dgn 40 org berjamaah dapat faedah kpd si mati?

(Ibnu ‘Abbas) berkata: Keluarkan jenazahnya kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim.

Apakah doa yg dibaca dlm solat jenazah sampai kpd si mati?

Daripada ‘Auf bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mensolatkan satu jenazah. Dia pun menghafal di antara doa baginda, yakni baginda mengucapkan: Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka) berkata Auf: Sampai aku berharap seandainya aku yang menjadi jenazah tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim

Apakah doa solat jenazah ini masuk akal? org dah mati tak sampailah doa solat jenazah ini ..... siapa yg mengajar doa ini... wahai wahabi salafi??? sila jawab lah jika kamu org Benar? Wahabi Perosak Agama!

No comments:

Post a Comment