Tuesday, July 23, 2013

Keluarga tuduh tentera culik Mursi

KAHERAH- MESIR. Keluarga Presiden, Mohamed Mursi menuduh pihak tentera negara itu melakukan penculikan terhadap pemimpin negara itu dan harus bertanggungjawab memastikan keselamatan beliau.

Kenyataan itu merupakan yang pertama keluar dari anak perempuan Mursi, Shaimaa sejak penggulingan beliau pada 3 Julai lalu.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdel Fattah al-Sisi,” kata Shaimaa.

Mursi bagaimanapun dibenarkan berkomunikasi di kawasan yang tidak didedahkan kepada umum sejak tentera mengambil alih pemerintahan negara itu.

Pegawai kerajaan berkata, Mursi kini berada dalam keadaan baik dan selamat.

Salah seorang anak Mursi, Osama menganggap penahanan bapanya merupakan satu penculikan dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk melepaskan bapanya dari tahanan tentera.

No comments:

Post a Comment