Tuesday, July 23, 2013

Qunut Nazilah


Kita sebagai Umat Islam yang prihatin,sama-samalah 
kita memanjatkan doa kepada mujahideen di Syria 
dan Palestine. Mari sama-sama kita membaca doa 
qunut nazilah dalam setiap rakaat akhir solat fardhu 
untuk mendoakan saudara-saudara Islam kita yang
sedang hidup sengsara dan menderita di Syria,Palestin,
termasuk juga Afghanistan, Selatan Thailand, atau
dimana saja,akibat peperangan dan kezaliman….
Banyakkan berdoa untuk keselamatan dan kemenangan
mereka.Doa itu senjata ISLAM....Gunakanlah Doa dan
perbanyakkanlah dan amalkan Qunut Nazilah selalu
dalam solat..

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan
(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi
(darjatnya), jika kamu orang beriman”
(Ali-Imran 139).

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari
dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan
qunut selama satu bulan untuk mendoakan
pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam
peristiwa Bir Al-Ma’unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas:Terjemahan:

Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan
berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib,
‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila
baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah”
dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan
kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim,
Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang
yang di belakang beliau mengaminkannya.
(Sunan Abu Daud)

Cara Membaca Qunut Nazilah:
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu:
Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca
pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’
untuk ‘Itidal,iaitu selepas membaca
“Sami’allaahu liman hamidah”.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih
salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa
dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana
yang di atas.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan
doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
1. Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah
bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam
solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh
dibaca selepas solat.
2. Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa
qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka
mengaminkan bersama doa tersebut.
3. Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca
doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’
berselisih pendapat dan pendapat yang paling
rajih (disepakati) adalah dibolehkan.

Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus
untuk saudara-saudara kita di Syria dan Palestine dan kepada kaum muslimin dimana saja berada.

No comments:

Post a Comment