Thursday, July 4, 2013

Ketua hakim Mesir dilantik Presiden sementara

KAHERAH 4 Julai - Ketua hakim Mesir, Adly Mansour mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara negara ini hari ini, sehari selepas tentera menggulingkan dan menahan penyandang jawatan itu, Mohammed Mursi.
"Saya bersumpah untuk memelihara sistem negara republik dan menghormati Perlembagaan serta undang-undang selain mengawal kepentingan rakyat," katanya dalam majlis angkat sumpah di Mahkamah Perlembagaan Agung di sini.
Majlis angkat sumpah tersebut disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, selepas tentera menggulingkan Mursi, yang menyandang jawatan itu selama setahun.
Seorang pegawai kanan tentera berkata, tentera kini menahan Mursi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130704/lu_13/Ketua-hakim-Mesir-dilantik-Presiden-sementara#ixzz2Y5LQWK14
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment