Thursday, July 4, 2013

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. 

Tapi, adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi. 

Adakah bakal berlaku Mesir mempunyai dua orang Presiden? Seorang yang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera?

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi.

Apapun paling hebat, Pilihanraya Presiden Mesir setahun sekali. Hebat semangat demokrasi mereka.

PENGKHIANATAN TERBESAR YANG DIMAKSUDKAN SEBELUM INI IALAH DATANGNYA DARI PIHAK TENTERA.

MEREKA MERANCANG, ALLAH JUA MERANCANG, DAN PERANCANGAN ALLAH JUA YANG TERBAIK.

No comments:

Post a Comment