Thursday, July 4, 2013

Masa depan jadi tanda tanya


Kaherah: Masa depan Mesir kini menjadi tanda tanya selepas Presiden Mohamed Mursi enggan meletak jawatan, beberapa jam selepas tempoh diberi tentera untuk beliau berundur berakhir, semalam.

Ketika waktu untuk Mohamed Mursi “memenuhi tuntutan rakyat” semakin hampir berakhir pada jam 4.30 petang (10.30 malam tadi), sumber berkata, pegawai atasan tentera berkumpul untuk menyertai mesyuarat tergempar. Dalam ucapan disiar stesen televisyen pagi semalam, Mohamed Mursi berkata, dia dipilih secara bebas untuk membawa negara bermasalah itu menjadi lebih baik berbanding setahun lalu dan bertekad untuk melaksanakan tugas berkenaan. “Satu-satunya alternatif untuk menghormati kesahihan perlembagaan presiden adalah pertumpahan darah yang berlanjutan,” katanya. Sementara itu, komander kanan tentera bertemu semalam dan bersumpah untuk mempertahankan Mesir dengan nyawa mereka.


Kata sumber, mereka mengangkat sumpah di depan Panglima Tentera Mesir yang juga Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi.



“Kami bersumpah kepada Tuhan akan berkorban dengan darah demi Mesir dan rakyatnya menghadapi semua pengganas, pelampau dan orang jahil,” kata mereka. Tentera dijangka mengeluarkan kenyataan apabila tempoh 48 jam diberikan kepada Mursi berakhir. Satu mesej dipos melalui Twitter rasmi Mohamed Mursi menggesa tentera supaya berundur. “Presiden bertegas bahawa dia mempunyai mandat melalui perlembagaan dan menolak sebarang usaha mengatasinya.


“Beliau menggesa tentera supaya menarik balik amaran dan menolak sebarang campur tangan domestik atau asing,” katanya. Sementara itu, media massa tempatan pula menjangkakan Mohamed Mursi akan berundur. - AFP

No comments:

Post a Comment