Tuesday, July 30, 2013

Salah satu perarakan menolak rampasan kuasa melalui Ghamrah menuju ke dataran Raba'ah..



Hari ini, Gabungan Kerjasama Kebangsaan telah menyusun 34 "check point" di dua wilayah Kaherah dan Giza yang menjadi pusat perkumpulan selepas solat Jumaat tadi menuju ke dua lokasi utama himpunan "Jumaat Furqan" iaitu di Raba'ah dan Nahdhah.

Perhimpunan ini tidak termasuk berbaki di 25 buah wilayah di seluruh Mesir yang menyaksikan ratusan ribu orang keluar di setiap wilayah bagi menyatakan kemarahan kepada kenyataan As-Sisi sebelum ini.

Menurut wartawan "Al-Jazeera" yang melaporkan sebentar tadi, wilayah Sinai menyaksikan demonstrasi anti-Sisi yang belum pernah berlaku sebelumnya. Ini kerana selama setahun Presiden Mursi memberikan tumpuan untuk pembangunan wilayah Sinai yang diabaikan oleh Mubarak lebih 30 tahun. Antaranya Mursi meluluskan lebih 100,000 buah rumah kos rendah buat penduduk di wilayah itu. Namun selepas rampasan kuasa, semua projek pembangunan Sinai dihentikan oleh kerajaan kudeta.

No comments:

Post a Comment