2 etnik Uighur dihukum mati: "BEIJING 13 Ogos - Dua orang lelaki etnik Islam Uighur dijatuhi hukuman mati, manakala tiga lagi dijatuhi hukuman penjara setelah didapati bersalah terbabit dalam pertempuran berdarah antara pihak berkuasa dan etnik itu di Xinjiang pada April lalu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, suspek yang merupakan ketua etnik itu, Musa Hesen dijatuhi hukuman mati selepas dibicarakan selama sehari berakhir semalam.
Dia didakwa membunuh, membentuk dan mengetuai kumpulan pengganas dan membuat bahan letupan secara haram.
Seorang lagi defendan, Rehman Hupur juga dijatuhi hukuman mati atas dakwaan membunuh dan terlibat dengan pertubuhan pengganas.
Tiga orang lagi dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan penjara seumur hidup.
Media melaporkan, defendan tidak mencabar dakwaan yang dikenakan terhadap mereka dan diwakili peguam ketika perbicaraan.
Hukuman mati yang dikenakan ke atas defendan akan dinilai terlebih dahulu oleh mahkamah tertinggi di China sebelum dilaksanakan.
Pihak berkuasa berkata, sebanyak 19 orang lagi daripada etnik tersebut yang ditangkap dalam kejadian pada 23 April lalu akan dibicarakan tidak lama lagi. - AGENSI"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment