KAHERAH - Pasukan keselamatan Mesir membunuh sekurang- kurangnya 30 orang apabila mereka merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan di ibu kota negara berkenaan di sini semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan tersebut menuntut supaya Presi- den yang digulingkan, Mohamed Morsi dilantik semula.
Setakat ini, masih belum terdapat pengesahan rasmi berhubung angka kematian dalam tragedi itu yang berlaku di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya.
Lokasi itu menjadi tempat beribu-ribu penyokong Morsi meng- adakan tunjuk perasaan sejak enam minggu lalu, sekali gus memalukan pihak tentera.
Kem kedua yang didirikan berhampiran Universiti Kaherah telah dirobohkan pagi semalam.
Operasi tersebut membayangkan pihak tentera sudah hilang sabar ekoran tunjuk perasaan itu menyebabkan aktiviti di beberapa bahagian bandar raya ini lumpuh.
Protes besar-besaran itu turut memperlahankan proses peralihan politik di Mesir.
Operasi itu bermula sejurus subuh dengan dibantu oleh beberapa buah helikopter.
Bunyi bedilan senjata api kedengaran semasa penunjuk perasaan termasuk wanita dan kanak- kanak lari meninggalkan dataran Rabaa Al-Adawiya dengan asap hitam naik ke udara.
Beberapa buah kereta perisai dan jentolak kemudian bergerak masuk untuk meratakan khemah- khemah yang didirikan oleh penunjuk perasaan.
Seorang saksi berkata, dia melihat 15 mayat di sebuah hospital di sini.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan, sebanyak 13 orang terbunuh dekat Rabaa Al-Adawiya semasa operasi membanteras tunjuk perasan tersebut.
Mereka yang maut termasuk lima anggota polis dan lapan orang awam.
Banyak pihak percaya angka kematian tersebut akan meningkat.
Seorang saksi memberitahu, dia melihat askar-askar melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang cuba memasuki kem di Rabaa Al-Adawiya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.
Sekurang-kurangnya 20 orang ditembak di kaki. Rakaman di tele- visyen pula menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan dari atas bumbung beberapa bangunan berdekatan.
"Tin-tin gas pemedih mata jatuh ke tanah seperti hujan. Tiada ambulans di lokasi itu. Tentera menutup semua pintu masuk," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Khaled Ahmed.
"Terdapat wanita dan kanak-kanak di tempat itu. Tuhan bantulah mereka," tambahnya.
Operasi tersebut berlaku selepas kegagalan usaha antarabangsa untuk menamatkan konfrontasi antara penyokong Morsi dengan kerajaan yang disokong tentera.
Kerajaan peralihan itu dibentuk selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2c3L4KwvR
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment