Thursday, August 15, 2013

Polis Mesir lepas gas pemedih mata lerai pertempuran

Polis Mesir lepas gas pemedih mata lerai pertempuran: "KAHERAH 14 Ogos - Pihak keselamatan Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan pertempuran terbaharu yang tercetus antara kumpulan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dan kumpulan penentang di sini semalam.

Pertempuran berkenaan bermula apabila berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Mursi berarak memasuki kawasan Kementerian Dalam Negeri sebelum diarahkan keluar oleh pihak polis.

Penduduk tempatan yang dipercayai kumpulan penentang Mursi kemudiannya bertindak melontar batu dan botol dari beranda rumah ke arah kumpulan pro-Mursi, menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua pihak terlibat.

Keadaan tersebut memaksa pihak polis antirusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi meleraikan pertempuran.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment