Wednesday, August 7, 2013

mesirkini

#‎Mansurah‬ 7 Ogos 2013

Malam tadi ketika para penyokong Dr.Mursi sedang menunaikan solat fardu Isyak di perkarangan Olympic Village Istad Gamaah, sekali lagi berlaku serangan ke atas rakyat yang sedang beribadah.

Perkarangan Olympic Village biasanya akan ditutup dari lalu lintas kenderaan untuk dijadikan ruang solat. Pergelutan bermula apabila ada pemandu tidak berpuas hati terhadap sekatan tersebut. Rempuhan mereka dihalang oleh pemuda-pemuda yang mengawal kawasan himpunan & mereka mula bertindak melontarkan kaca & batu-batu jalanan ke arah peserta himpunan.

Sejurus selepas itu, pasukan keselamatan (Amnu Markazi) & samseng melancarkan serangan ke arah himpunan pro-Mursi dengan gas pemedih mata & peluru hidup sehingga menyebabkan ramai dari kalangan mereka lari menyelamatkan diri ke syari' berdekatan.

Sayyid 'Aisawi (baju purple) yang dipercayai mengetuai perancangan beberapa siri serangan sebelum ini, dilaporkan cedera terkena 3 tembakan di kepala, dada & lengan kiri. Mangsa dikejarkan ke Mustasyfa Ad-Dauli. Menurut Dr.Amjad Ad-Durainy, kondisi Sayyid 'Aisawi tidak begitu baik & perlukan imbasan CT segera sebelum dipindahkan ke bilik bedah.

Menurut saksi, 5 yang lain dari pro-Mursi turut tercedera dalam pertempuran tersebut. Pihak keselamatan menangkap 4 orang sekurang-kurangnya dalam kalangan peserta himpunan, antaranya Ahmed Saad Hasanin (Jurutera) & saudaranya Muhammad Saad Hasanin.

**Terbaru, seorang telah gugur syahid, Mamdouh Kasber dari Dikirnis selepas menjadi sasaran tembakan peluru hidup malam tadi.
 

No comments:

Post a Comment