Mursi dijangka tolak tawaran EU Ashton bertemu dengan Mursi kali terakhir pada Januari lalu di Kaherah. - Foto AP
KAHERAH - MESIR. Kumpulan gerakan Al-Jamaah Al-Islamiyah dan Ikhwanul Muslimin percayai, Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi menolak tawaran Ketua Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai perdamaian.
Kumpulan itu berpendapat, Mursi akan menolak tawaran EU diwakili Catherine Ashton dalam langkah untuk membebaskannya dengan cara selamat dan aman.
“Kami yakin, Mursi tidak akan tunduk dengan tawaran itu. Beliau akan menolak tawaran untuk ‘keluar mengikut jalan selamat’ seperti yang ditawarkan EU sekiranya jawatan Presiden dilepaskan secara rasmi ,” kata jurucakapnya kepada Press TV.
Menurut laman Mesir Ahram Online pula, Ashton bagaimanapun menafikan dakwaan tawaran tersebut.
“Saya tidak sependapat dalam banyak perbincangan. Pandangan kami bercanggah. Perkara ini akan dibincangkan nanti,” katanya.
Kelmarin, pihak tentera mesir membenarkan Ashton bertemu dengan Mursi dan membenarkan pemimpin itu diberi kelonggaran saluran media selama sebulan.
Selasa lalu, Ashton difahamkan berada di Kaherah untuk menghantar mesej jelas bahawa banduan ditahan atas alasan politik perlu dibebaskan segera.
Beliau kemudiannya diberi kebenaran untuk bertemu dengan Mursi selama dua jam di lokasi yang dirahsiakan.
Selain Ashton, agensi berita MENA melaporkan, delegasi Afrika diketuai bekas Presiden Mali Alfa Omar Konari turut mengadakan mesyuarat selama sejam dengan Mursi.
Namun, butiran pertemuan itu tidak didedahkan kepada media.
No comments:
Post a Comment