KHARTOUM 27 Sept. - Beberapa kumpulan hak asasi kemanusiaan hari ini menuduh kerajaan Sudan menembak mati kira-kira 50 penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi membantah pemotongan subsidi minyak di negara ini.
Menurut Pusat Kajian Keadilan dan Keamanan Afrika yang berpangkalan di London, kesemua penunjuk perasaan itu ditembak di kepala dan di dada dalam demonstrasi yang berlaku pada Selasa dan Rabu lalu.
"Menurut beberapa sumber tempatan dan kumpulan aktivis, jumlah korban itu berkemungkinan lebih tinggi daripada jumlah yang dinyatakan," jelas kumpulan tersebut menerusi satu kenyataan.
Media tempatan semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130928/lu_07/Aktivis-dakwa-Sudan-bunuh-50-penunjuk-perasaan#ixzz2g8IAU5zE
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment