Thursday, November 28, 2013

Kapal pengangkut China jalani latihan


China menghantar kapal pengangkut pesawat pertamanya, Liaoning untuk menjalani latihan ketenteraan di Laut China Selatan, semalam. - AGENSI
BEIJING 26 Nov. - China menghantar kapal pengangkut pesawat pertamanya, Liaoning untuk menjalani latihan ketenteraan di Laut China Selatan, hari ini.
Kapal itu sebelum ini telah menjalani lebih 100 latihan dan eksperimen sejak diperkenalkan pada tahun lalu, namun ini merupakan kali pertama ia dihantar ke Laut China Selatan.
Lioaning berlepas dari sebuah pelabuhan di bandar Qingdao di utara China dan diiringi dua kapal pemusnah serta kapal peronda, menurut laman web http://navy.81.cn/.
Selain latihan ketenteraan, kapal tersebut akan melakukan ujian saintifik.
Tentera China tidak menyatakan jenis modul latihan ketenteraan yang bakal dijalani oleh kapal tersebut.
Sebelum ini, Liaoning banyak menjalani latihan ketenteraan di Laut Kuning.
Sementara itu, syarikat penerbangan Jepun, hari ini menyatakan kesediaan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh China selepas negara ini mengumumkan tentang pengenalan zon pertahanan udara termasuk kawasan maritim di Laut China Timur.
Syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) telah menghantar pelan penerbangan yang melalui zon tersebut kepada pihak berkuasa negara ini.
ANA membuat pengumuman itu selepas syarikat penerbangan Japan Airlines dan Peach Aviation turut bersetuju untuk mematuhi peraturan tersebut. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131127/lu_06/Kapal-pengangkut-China-jalani-latihan#ixzz2lvGgSWQg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment