Wednesday, December 25, 2013

Muhamad Azan ditahan


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup Muhamad Azan Safar berikutan perhimpunan haram Jumaat lalu, ditahan malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan jam 11.35 malam berhampiran sebuah restoran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.



“Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan.

“Penahanan itu berikutan tindakan menghasut dan melakukan perbuatan mengguling kerajaan tanpa melalui sistem demokrasi di Kelab Sultan Sulaiman, Jumaat lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, lelaki berasal dari Terengganu itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam, selepas selesai merakam keterangannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

No comments:

Post a Comment