Monday, December 2, 2013

Pembubaran parlimen jadi jalan terakhir


Bangkok: Pembubaran parlimen mungkin menjadi “penyelesaian terakhir” untuk memadamkan konflik politik terkini, menurut sumber Parti Phue Thai.

Sumber itu berkata, pemimpin parti sudah bertemu dengan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra mengenai alternatif untuk meredakan krisis yang kian meningkat selepas penunjuk perasaan antikerajaan bertindak merampas beberapa bangunan agensi kerajaan.


Sementara pembubaran bakal mungkin menghentikan bantahan yang tercetus, ia tidak akan akan menyelesaikan konflik antara dua pihak, terutama apabila kebanyakan pemerhati bersetuju bahawa parti Phue Thai akan kembali berkuasa selepas pilihan raya kebangsaan.



Ahli Parlimen Pheu Thai, Apiwan Wiriyachai berkata, kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menangani situasi semasa.


“Tetapi jika semuanya gagal, kami mungkin terpaksa membubarkan parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - Agensi

No comments:

Post a Comment