|
BALING – Penyakit kulit sensitif yang dialami oleh Mohd. Shafiq Pijan, 19, membuatkan diri remaja itu tertekan kerana terpaksa berkurung sepanjang hari di rumah sejak 12 tahun lalu.
Menceritakan tentang penyakitnya, Mohd. Shafiq berkata, dia mula menghidap penyakit berkenaan ketika berusia tujuh tahun.
“Tidak tahu apa sebabnya dan keadaan menjadi semakin buruk bila saya meningkat dewasa. Bayangkan, saya terpaksa berkurung dalam rumah sepanjang hari sejak 12 tahun lamanya kerana tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.
“Malah, saya juga terpaksa berpantang makan makanan laut dan daging kerana khuatir mengalami alahan yang teruk.
“Jujur saya katakan ada sedikit perasaan sedih, namun saya sentiasa berdoa agar Allah dapat memberi ruang kepada saya menjadi manusia yang normal semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment