Najib bercakap dengan pemimpin negara yang terbabit dalam kawasan operasi SAR penumpang dan kru MH370. |
Perdana Menteri berkata, sejak Sabtu lalu, beliau memberi penekanan dalam kes itu dengan menghubungi pemimpin negara berkenaan termasuk Turkmenistan, Kazakhstan, Bangladesh, India, Australia, Vietnam, dan yang terbaharu, China, petang semalam.
Dalam entri terbaru laman Facebook rasminya petang semalam, beliau berkata, Kementerian Luar juga menghubungi semua negara terbabit dalam kawasan operasi SAR dalam usaha mendapatkan kerjasama menjejaki MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
No comments:
Post a Comment