Perkara itu didedahkan seorang pensyarah yang juga Ketua Seksyen Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-Miat) Prof Madya Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian.
Menurutnya, perisian simulasi yang boleh dibeli dengan harga beberapa ringgit sahaja itu boleh terus digunakan dalam komputer dan seseorang perlu mengikut tujuh langkah mudah bermula dengan membuka suis pemula, diikuti memilih jenis penerbangan dan pesawat, destinasi dan laluan.
Katanya, simulasi itu begitu mirip penerbangan sebenar ditambah pula dengan paparan pemandangan semula jadi.
Katanya, simulasi itu begitu mirip penerbangan sebenar ditambah pula dengan paparan pemandangan semula jadi.
DR Mohd Harridon menunjukkan perisian simulasi yang boleh dipelajari dengan mudah, semalam.
“Sesiapa saja boleh memiliki perisian ini dan boleh mempelajari latihan asas penerbangan dengan memilih pesawat yang diingini dalam tempoh setahun.
“Simulasi penerbangan itu dikeluarkan sebuah syarikat penerbangan di Amerika dan boleh didapati di kedai komputer dengan harga serendah RM12,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Menurutnya, fungsi simulasi penerbangan itu bukan saja menerbangkan pesawat ke mana-mana lapangan terbang di dunia, malah ia mampu menyimpan rekod seperti log penerbangan, pelan penerbangan serta lokasi ia diterbangkan.
“Log berkenaan, biarpun dipadam tetap boleh dikesan semula menggunakan perisian tertentu dan ini akan membantu kita mengenal pasti ke mana atau bagaimana seseorang menggunakan program ini membawa pesawat sehingga ke destinasi akhir.
No comments:
Post a Comment