Thursday, March 6, 2014

3 negara Arab panggil balik duta ke Qatar


2014/03/06
Riyadh: Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam memanggil balik duta mereka dari Doha sebagai membantah tindakan Qatar yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara berkenaan.

Ketiga-tiga negara Teluk Arab itu membuat keputusan berikutan apa yang yang digambarkan akhbar sebagai kekecohan dalam pertemuan menteri luar enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lewat petang kelmarin di Riyadh.


“Negara GCC berusaha menghubungi Qatar pada semua peringkat untuk bersetuju dengan dasar penyatuan, untuk memastikan tiada campur tangan, secara langsung atau tidak, dalam hal ehwal dalaman mana-mana negara anggota,” kata negara terbabit dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga meminta Qatar, penyokong Ikhwanul Muslimin, yang diharamkan di kebanyakan negara Teluk supaya tidak menyokong mana-mana pihak bertujuan mengancam keselamatan dan kestabilan anggota GCC, tambahnya, merujuk kepada kempen antagonis media.

Pengkritik menuduh saluran satelit berpengaruh, al-Jazeera, yang beribu pejabat di Doha kerana liputan berat sebelah yang menyokong Ikhwanul Muslimin, dan beberapa wartawannya dibicarakan di Mesir kerana dakwaan menyokong kumpulan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment