2014/03/06
Tentera Ukraine (kanan) berdiri bersebelahan anggota bersenjata dipercayai tentera Russia, di dalam pangkalan tentera Ukraine di Yevpatoria, Crimea, semalam. - Foto REUTERS |
Moscow tidak benarkan pertumpahan darah, Putin tak mahu krisis jejaskan hubungan ekonomi
MADRID: Russia semalam berkata ia tidak ada kuasa ke atas tentera pro-Moscow yang sudah menguasai secara 'de-facto' ke atas semenanjung Crimea yang diduduki majoritinya oleh rakyat Russia.
Sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Russia tentunya “tidak memperbodohkan semua orang” terhadap peranannya di Ukraine, menteri luar Russia Sergei Lavrov menegaskan tentera di Crimea itu bukan mendapat perintah daripada Kremlin.
Kita melihat ketegangan politik, ia tidak harus menjejaskan kerjasama ekonomi” Vladimir Putin, Presiden Russia
Lavrov menggesa semua pihak untuk menghormati undang-undang, perjanjian dan perlembagaan Ukraine untuk mengembalikan keamanan.
“Jika mereka adalah tentera bagi mempertahankan diri sendiri yang diwujudkan oleh penduduk Crimea, kami tidak ada kuasa ke atas mereka,” kata Lavrov pada sidang media di Madrid.
“Mereka tidak menerima arahan daripada kita,” kata diplomat Russia itu.
No comments:
Post a Comment