Thursday, March 6, 2014

Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan


6 Mac 2014

Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan
Tentera Rusia, Ukraine mulai bosan Askar Ukraine menghabiskan masa bermain bola sepak berhampiran kubu Rusia.



SEVASTOPOL - UKRAINE. Ketika ketegangan politik antara Ukraine dan Rusia memuncak, ratusan tentera dari kedua-dua negara itu yang kini berada di Pangkalan Tentera Belbek di Crimea dikatakan mulai kebosanan.

Selepas cubaan tentera Ukraine untuk menawan kembali pangkalan udara mereka yang ditawan Rusia pada Selasa lalu gagal, ratusan tentera negara itu dikatakan bersantai sambil bermain bola sepak berhampiran kubu Rusia, sementara menanti arahan selanjutnya.

Perlawanan itu juga turut ditonton oleh tentera Rusia yang lengkap bersenjata dan berkawal.

Akhbar LA Times melaporkan, seorang askar Ukraine mempelawa tentera Rusia untuk bermain bola sepak namun tidak dihiraukan.

“Mari kita mulakan perlawanan bola sepak antara Ukraine dan Rusia. Peperangan ini belum berakhir,” menurut laporan itu kepada AP.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan, seorang pengawal Rusia mengarahkan askar terbabit untuk berundur dan tidak menghampiri kubu mereka.

Semalam, Ketua Angkatan Tentera Ukraine Kolonel Yuli Mamchor dilaporkan berbincang dengan Ketua Tentera Rusia selepas kerajaan sementara Ukraine menuduh pasukan tentera di Crimea cuba berpaling tadah.

No comments:

Post a Comment