Oleh WAZIHA WAHID, FAIZAL NAZARUDDIN dan AISHAH MD. AMIN
|
PUTRAJAYA - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini semalam selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan tertuduh pada 9 Januari 2012.
Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Hakim membenarkan hukuman ke atas Anwar ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2vJyDSvlW
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment