Saturday, March 8, 2014

Pas sokong Anwar rayu Mahkamah Persekutuan


JAMILAH HAMZAH
7 Mac 2014

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang



SHAH ALAM - Pas hari ini menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kesalahan liwat yang diputuskan Mahkamah Rayuan, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan bersama keluarga Anwar dan PR memperjuangkan kebenaran.

"Pas akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong PR dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

No comments:

Post a Comment