Seorang penduduk Tatar memegang plakad 'Referendum tidak sah' ketika protes aman di Bakhchisaray, 14 Mac lalu. |
LVIV - UKRAINE. Ratusan etnik Islam Tatar terpaksa mencari perlindungan di barat Ukraine selepas pencerobohan Rusia di Crimea, minggu lalu.
Mereka membuat keputusan itu kerana khuatir menjadi mangsa pengusiran etnik era pemerintahan Kesatuan Soviet pada 1940-an.
Penduduk Tatar yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak terpaksa mengharungi perjalanan selama 30 jam menaiki kereta api sejauh 1,200 kilometer dari Ukraine ke Lviv.
Memetik laporan AFP, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kira-kira 2,000 penduduk dari Crimea dan kawasan sekitarnya kini mendapatkan perlindungan sementara di Lviv yang turut digelar sebagai 'the little Paris of Ukraine'.
Difahamkan, seramai 300,000 masyarakat Islam Tatar turut memboikot referendum untuk menentukan sama ada Crimea akan menyertai Rusia pada 16 Mac lalu.
No comments:
Post a Comment