Wednesday, March 19, 2014

Kremlin terima Crimea jadi sebahagian wilayahnya


Moscow: Russia menandatangani perjanjian untuk memasukkan Crimea menjadi sebahagian daripada wilayahnya selepas hampir semua penduduk wilayah itu menyokong langkah berkenaan melalui referendum.

Presiden Vladimir Putin menandatangani dokumen itu bersama Perdana Menteri Crimea dan Speaker Parlimen wilayah berkenaan.


Ia dibuat selepas Putin selesai menyampaikan ucapan kepada seluruh rakyat Russia bagi menjelaskan langkah itu. Langkah itu perlu diluluskan Mahkamah Perlembagaan Russia terlebih dulu dan disokong kedua-dua dewan legislatif sebelum berkuat kuasa. Namun kedua-dua proses berkenaan dilihat sekadar mengesahkan keputusan yang dibuat semalam. - AP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment