Wednesday, March 19, 2014

Thailand mansuh perintah berkurung di Bangkok



REUTER
PERDANA Menteri, Yingluck Shinawatra (tengah) berkerusi roda ketika melawat Akademi Kadet Polis Diraja Thailand dalam wilayah Nakorn Pathom 
semalam.


BANGKOK - Kerajaan Thailand membatalkan perintah darurat di sini dan kawasan sekitarnya semalam selepas keganasan akibat krisis politik terbaharu di negara berkenaan reda.
"Kabinet menarik balik perintah darurat yang memberi kuasa tambahan kepada pasukan keselamatan selepas agensi-agensi keselamatan melaporkan terdapat penurunan dalam kes keganasan," kata pegawai Jabatan Siasatan Khas Tharit Phengdit.
Menurutnya, perintah berkenaan akan diganti dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang turut memberi kuasa tambahan terhad kepada kerajaan.
Akta tersebut akan berkuat kuasa hingga 30 April depan.
"Keputusan ini akan turut memberi kesan positif kepada imej negara dalam aspek pelaburan, perniagaan, pelancongan di samping kehidupan harian orang awam," katanya.

AP
ASKAR-ASKAR Thailand berkawal di sebuah kubu dekat lokasi tunjuk perasaan di Taman Lumpini, Bangkok semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Surapong Tovichakchaikul berkata, langkah tersebut akan memulihkan imej Thailand di peringkat antarabangsa selepas keganasan politik sejak November tahun lalu telah meragut 23 nyawa dan mencederakan lebih 700 yang lain.
Perintah darurat dikuatkuasa di sini pada 22 Januari lalu selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mengancam untuk menutup kota raya itu dengan menghalang beberapa persimpangan utama dan menawan pejabat kerajaan.
Para penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun untuk mendesak Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletak jawatan dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada majlis rakyat yang dilantik untuk mentadbir negara dan melakukan pembaharuan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2wLxlNYWn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment