Wednesday, March 19, 2014

Taliban tuntut bebas 300 tahanan


Islamabad: Kumpulan Taliban Pakistan semalam mendesak kerajaan negara itu membebaskan 300 tahanan yang tidak bersenjata dari penjara sebagai langkah untuk meneruskan rundingan damai.

Senarai tahanan yang diserahkan oleh Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) itu termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua, kata seorang perunding kumpulan itu semalam .


Menurutnya, langkah membebaskan tahanan berkenaan akan meningkatkan proses rundingan yang bermula sejak Februari.



“Taliban memberikan kami senarai nama 300 tahanan itu ketika lawatan kami ke utara Waziristan baru-baru ini.


“Kami menyerahkannya kepada Menteri Dalam Negeri, Chaudhry Nisar Ali Khan. “Dia memberi jaminan akan meneliti senarai itu dan menyiasatnya. ” kata anggota senat Pakistan, Profesor Muhammad Ibrahim.


Rundingan antara pihak berkuasa Pakistan dengan Taliban itu bertujuan menamatkan sengketa bersenjata yang berlarutan sejak tujuh tahun lalu.

Ia terhenti selama lebih dua minggu selepas 23 tentera Pakistan yang diculik dibunuh oleh kumpulan serpihan Taliban Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment